Keyboard Yang Menyusahkan!

Korang tahu tak kenapa huruf kat keyboard tak tersusun? Haa korang bacalah kat bawah ni…

Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD.

Tapi bila disusun macam (ABCD) ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. So, Christoper Scholes pun ciptalah sistem QWERTY ni.

Sebenarnya sistem QWERTY ini dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan?

Tapi, sistem ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekejangan tangan atau lenguh jari jari dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung sebelah kiri. Sebab apa?

Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Perasan ke tak?

Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak di atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan punya lah!

So sekian saja perkongsian ni, harap dapat memberikan sedikit info dan maklumat kepada sesiapa yang masih tak tahu.