Menurut Pengarah Love Myself Campaign, Dr Shamsuriani Md Jamal- statistik global yang dikeluarkan laman web lucah di Amerika Syarikat menyebut Malaysia antara negara paling tinggi di Asia yang menonton pornografi. Malah daripada statistik itu, kaum wanita Malaysia dikatakan mendahului kaum lelaki. Ikuti perbincangan bersama Pakar Psikologi & Kaunseling, Universiti Islam Antarabangsa yang memfokuskan kes pornografi dan ketagihan seks di Malaysia iaitu Puan Amirah Hazwani Bakri.