Kereta Terbang Tak Kesampaian

Kereta Terbang mula diperkenalkan atau diberitahu kepada awam semenjak Ogos 2019 dan pada Oktober lalu barulah berita ini tular. Kereta terbang atau nama lainnya adalah Super Drone adalah bukan untuk kegunaan seperti pengangkutan awam, sebaliknya Super Drone adalah untuk kegunaan kerajaan dan pihak berkuasa.

Dengan penciptaan kereta terbang ini, ia dikatakan revolusi kenderaan darat yang pertama di dunia. Super Drone dapat terbang setinggi 300 meter, selaju 130 km/jam dan sejauh 110 kilometer dengan hanya menggunakan bateri. Menurut pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeronautik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Dr Zamri Omar, dia berpendapat yang super drone ini mampu dilaksanakan tetapi bukan dalam jangka masa yang dekat.

Namun akhirnya kereta terbang tersebut yang sepatutnya dicuba pada Khamis minggu lalu tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan dikatakan Super Drone akan dibawa ke Mladives, Australia bagi terus menjayakan impian Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk MOhd. Redzuan Yusof dan Pengarah Urusan Eastcap Bhd, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari.

Drone adalah pesawat tanpa penumpang yang menggunakan nama Unmanned Aerial Vehical (UAV). Ia pertama dilihat digunakan adalah pada Julai 1849. Pada tahun 1916, drone digunakan untuk Aerial Target.

Drone kemudian terus digunakan selepas Perang Dunia pertama dan secara rasminya digunakan pada Perang Dunia kedua oleh pihak Nazi. Pada peperangan dunia kedua, drone yang digunakan oleh pihak Nazi telah dipasang dengan senjata. Pada tahun 1973, Amerika Syarikat mengaku bahawa mereka menggunakan Drone bersenjata dalam perang Vietnam yang mengakibatkan jutaan nyawa terkorban. Bergerak pantas, pada tahun 2010 akhirnya Parrot memperkenalkan AR Drone yang boleh dikawal dan digunakan hanya menerusi Smart Phones.

COMMENTS