Kelebihan Buah Buahan kepada manusia

Setiap manusia memerlukan air dan vitamin yang cukup di dalam badan untuk menghadapi aktiviti harian atau hidup yang bermakna.

Buah-buahan yang pelbagai boleh menjadi sebagai tambahan keperluan air atau vitamin kepada manusia.

Selain kalori yang ada di dalamnya, kandungan serat atau fiber yang tinggi juga terkandung dalam buah-buahan dan boleh membantu dalam mencegah pelbagai penyakit seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan strok.

Kelebihan mineral dan vitamin dalam buah juga boleh memberikan kesan yang baik terhadap tubuh manusia.

Manakala, antioksidan yang terkandung di dalam buah buahan boleh membantu mencegah penyakit kanser.

Buah- buah yang mengandungi vitamin C yang banyak adalah buah jambu batu, buah kiwi, buah epal, buah oren, buah betik dan tomato.

Kajian menunjukkan seseorang mengandungi paras vitamin C yang rendah boleh akibat kepada mudah mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Dan dalam satu lagi kajian dalam American Jurnal of Clinical Nutrition pada tahun 1991 menunjukkan pemakanan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C dapat mengurangkan risiko kanser esofagus, tenggorok, mulut, pankreas, perut, usus, payudara dan pangkal rahim.

PAGES

1 2
Newer Post