“Kartun Hangat Di Pasaran Dunia”

Setiap negara pasti ada kartun yang mewakili negara mereka, perbezaanya sama ada dari segi story line, character ataupun kualiti. Nak tahu “model” kartun di negara lain? Jom check out!

1 . Jepun

Tajuk : Fairy Tail
Genre : Action, magic tale, wonder tale
Description : Pernah mendapat jualan novel terlaris pada 2004, Fairy Tail memenangi “Anime Terbaik Tahunan” di Animax Asia pada tahun 2010 dan memenangi anugerah “Meilleur Anime Japonais” (Animasi Jepun Terbaik) dan Alih Bahasa Perancis Terbaik dalam Anime & Manga Grand Prix kali ke- 19 di. Awalnya hanya muncul sebagai komik lalu di adaptasi menjadi anime.

Tajuk : Naruto Shippuden
Genre : Fiksyen, pengembaraan, seni mempertahankan diri, magis, aksi
Description : Memenangi anugerah suara latar belakang terbaik pada tahun 2014. Memenangi Quill award untuk grafik terbaik di dalam sesebuah novel di Amerika Utara dan untuk rakaian tv Asahi Corporation anime ini mendapat rangking ke 17 / 100 dari seluruh anime di Jepun.

2. Korea

Tajuk : Larva
Genre : Komedi, Slapstick
Description : Kartun yang melibatkan dua larva iaitu Red dan Yellow. Berasal dari korea selatan. Tuba Entertaiment hasilkan kartun ini pada tahun 2011-2012 dan pemain suara latar Bum-ki Hong. Setiap larva membawa watak yang tersendiri.

Tajuk : Cannimals
Genre : Komedi, Slapstik, Animals
Description : Diterbitkan di Korea Selatan, yang melibatkan haiwan. Kartun sebanyak 120 episod ini release 9 June 2011 – 31 August 2018. Di tayangkan di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Spanyol, Korea Selatan, Asia Tenggara, Italia, Australia, dan banyak lagi.

3. Indonesia

Tajuk : Battle of Surabaya
Genre : Animasi kanak-kanak, Pendidikan
Description : Kartun ini telah meraih beberapa penghargaan iaitu International Movie Trailer Festival 2013 dan Nominee Best Foreign Animation Award 15th Annual Golden Trailer Award 2014. 6 Julai 2013 , kartun ini telah release di Youtube.

Tajuk : Petualang Si Adi
Genre : Kanak-kanak, satay western (mix cerita pelbagai negeri)
Description : Kartun yang dibuat sendiri hasil karya 50 orang murid yang datang dari negeri yang berbeza seperti  Yogyakarta, Wonosobo, Jepara, Surakarta, Pati, Surabaya, Malang, Tangerang, Sukabumi, dan Bali. Ditayangkan di Indonesia pada 24 Oktober 2013.

4. Malaysia

Tajuk : Upin Ipin
Genre : Animasi
Description : Upin ipin pernah menjadi finalis Filem Cereka Animasi Terbaik di Festival dan Ekspo Animasi Antarabangsa Palm Springs 2019 yang akan berlangsung di California, Amerika Syarikat pada 14 dan 15 Disember 2019. Upin & Ipin disiarkan sempena bulan ramadhan pada tahun 2007 di Tv 9. Dari kartun menjadi movie ‘Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal’ dan ‘Geng : Misteri Hantu Durian’.

Tajuk : Ejen Ali
Genre : Aksi, Komedi, Animasi
Description : Kartun yang dijadikan movie ini telah memenangi Anugerah Program atau Siri Animasi 3D Terbaik dalam Asian Academy Creative Awards (AAA). Bijak dalam siasatan dan kecanggihan alat dalam kartun mendapat tarikan ramai lebih-lebih lagi Movie Ejen Ali yang baru keluar di wayang. Kartun ini mula pada tahun 2015 dan ditayangkan pada 2017 di Tv3.

5. Amerika Syarikat

Tajuk : Tom and Jerry
Genre : Komedi , Slapstik
Description : Memenangi 7 Anugerah Akademik untuk filem pendek Animasi Terbaik, Dicipta oleh William Hanna dan Joseph Barbera. Ada 114 cerita pendek mengenai tikus dan kucing ini. Kartun ini dicipta menggunakan model yang sama dan mengikut tahun serta kategori contohnya Tom and Jerry Show (1975), The Tom and Jerry Comedy Show (1980–82), Tom and Jerry Kids (1990–93) dan banyak lagi.

Tajuk : Transfomers
Genre : Animasi, Aksi
Description : Hanya dimulakan dengan komik tapi menjadi Movie Action yang digemari ramai. Release pada 1984 hanya dengan warna hitam putih. Robot yang berubah warna-warni bertukar menjadi kereta menjadi daya tarikan. Bukan hanya sekadar komik atau movie tapi mainan robot pun ada.

COMMENTS