Jojo Rabbit: Mother Teresa & Anak Hitler

Semua orang tahu filem Jojo Rabbit merupakan filem yang telah memenangi Best Adapted Screenplay baru-baru ini. Filem arahan Taika Waititi ini cuba membawa kita memahami bagaimana sikap Anti-Yahudi Jojo yang membawa kepada kematiaan ibunya, Rosie seorang humanis yang cintakan kedamaian.

Sikap Anti-Yahudi si Jojo ni mula menyerlah dan membuak apabila dia terserempak dengan Elsa, gadis berketurunan Yahudi yang tinggal di atas siling rumahnya. In the same time, perasaan anti-semetik Jojo ini juga turut didorong oleh rakan imaginasinya, Adolf Hitler.

So, dek kerana semangat Anti-Yahudi ini jugalah Jojo menjadi yatim piatu dan membuatkannya berfikir semula mengenai pegangan anti yahudinya atau hidup dengan penuh kemanusiaan.

Rosie, seorang pejuang kebebasan Jerman yang cintakan kedamaian atas nama kemanusiaan inilah yang sebenarnya membawa Elsa untuk tinggal di rumahnya.

So guys, filem yang sarat dengan mesej anti perang ini sangatlah berbaloi untuk you guys tonton. Ditambah pula babak sewaktu Jojo dan ibunya berbincang mengenai soal kehidupan dan kemanusiaan di tebing sungai ni sangatlah bermakna untuk kita cerap dan renungkan bersama.

Last but not least, buat you guys yang minat dengan movie bergenre komedi drama ni, of course korang tak akan rasa bosan dengan cerita ni sebab ia sarat dengan adegan komedi yang sangat bermakna.