Jom Masuk Universiti McD !

Semua orang suka McD tapi tak semua tahu pasal McD. Sebelum korang makan McD, meh kita cungkil sikit fakta menarik pasal McD ni. Jom !

1. Universiti McDonald. (Hamburger University)

Mesti ramai yang tak tahu yang McD ini ada universiti. Selalunya orang fikir yang masuk universiti ni kena belajar cara masak burger or goreng kentang kan . Tapi sebenarnya kurikulum di universiti ini lebih tertumpu kepada pembangunan dan pengurusan kepimpinan. Lagi hebatnya, seramai 80000 pelajar dari seluruh dunia yang dah lulus Ijazah Sarjana Muda Hamburgerologi.

2. Burger McD terjual lebih 75 burger sesaat.

Jenama McD dah boleh didapati dengan senang je. Mana taknya McD ini dah ada di 119 buah negara. Tambah lagi dalam sehari hampir 47 juta pelanggan yang datang McD tu. So, tak pelik lah kalau McD ni boleh jual produk mereka sebanyak dalam sesaat kan.

3. Pengedar mainan nombor 1.

As we know lah kan, McD ni akan bagi mainan untuk sesiapa yang beli set Happy Meal dan ianya telah jadi pengedar mainan hampir RM1.5 juta mainan setiap tahun. Sebab itu jugalah McD jadi pengedar mainan terbesar di seluruh dunia. Toys ‘R’ Us pun kalah.

4. Menu bertemakan BBQ.

Pada tahun 1940, masa mula-mula McD ditubuhkan oleh Dick and Mac McDonald dekat California. Mereka jual makanan yang bertemakan BBQ. Lepas beberapa tahun seterusnya, mereka keluarkan menu lain iaitu kentang goreng dan milkshake.

5. Cawangan baru setiap 4 jam.

Lastly, korang tahu tak yang McD ni akan buka lagi satu McD baru bagi setiap 4 jam. Wowww. Kaya gila diorang ni kan.