Favourite Challenge Park

Untuk yang suka game extreme, my kampus radio nak suggest satu tempat yang korang boleh cabar diri korang sendiri dengan game yang memerlukan keberanian. Dekat mane? Haa. Dekat Putrajaya Challenge Park.

Dalam Challenge Park ni, ada 3 jenis aktiviti extreme yang korang boleh buat.

Picture

Rock Climbing Complex

Korang yang nak try sukan extreme baru, boleh try rock climbing ni sebab sukan dia yang mencabar dan menguji kepantasan seseorang. Ade 6 zone (peringkat) yang koang boleh try.

Tapi, kanak-kanak bawah umur 10 tahun di”separate”kan atas sebab keselamatan. Jadi, untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun, dorang ade tempat untuk rock climbing mereka sendiri.

Open Daily :
10 am-8pm (Mon, Tue, Thur & Sun)
10 am-10pm (Wed, Fri & Sat )

* Ditutup pada hari isnin minggu pertama dan minggu ketiga. *
* Friday closed from 12.30pm-3pm *

Entrance : RM 3 (Student)  RM 6 (Adult)

* Bayaran untuk peralatan, boleh rujuk di http://www.malaysia-traveller.com/putrajaya-challenge-park.html *

Picture

Skate Park

Untuk skaters yang dah bosan dengan port main skate korang tu, korang boleh try main dekat Putrajaya Challenge Park ni.

Open Daily :
10 am – 7 pm (Mon-Thurs)
10am – 11 pm (Fri – Sun)

Entrance : Free

Picture

Thrill Park

Yang suka cabar diri sendiri dan yang suka giler main basikal, korang boleh try mian jugak dkat Challenge Park ni. Satu port dengan tempat skate.

Open Daily :
10 am – 7 pm (Mon-Thurs)
10am – 11 pm (Fri – Sun)

Entrance : Free

Picture

Mountain Bike Trail

Korang yang gila berbasikal pastu korang nak try bawak basikal dekat laluan yang mencabar diri, boleh try main dekat Challenge Park ni. Ade 3 jenis laluan iaitu easy, moderate dan difficult. Pilih lah laluan mane yang korang rasa sesuai dengan korang.

Open Daily : 10am – 7pm
Entrance : Free

Amacam? Feeling tak nak pergi sekarang? Rasa mencabar keimanan tak? (*cehhhhh*) Kalau nak uji diri if korang berani ke tak, boleh datang dekat Putrajaya Challenge Park ni. Nak banyak info, klik dekat link sebelah ni (http://www.malaysia-traveller.com/putrajaya-challenge-park.html)

Kalau korang ade suggestion nak pegy mana man, tapi tak thu info atau korang nak share dengan kami tempat yang best nak pergi, email je dekat [email protected]