Sukan Ekstrim yang Buat Menggugat Adrenalin.

Sukan Ekstrim yang Buat Menggugat Adrenalin.

Rasa weekend biasa biasa je? Minggu ni dan akan datang akan jadi luar biasa. pula. Aktiviti yang akan di listkan akan buat adrenalin korang bergetar.
1. BUBBLE SPORTS

Aktiviti yang ditawarkan adalah Bubble Football, Bubble Rugby dan Tower Defence. Harga pakej yang ditawarkan adalah bergantung kepada tempoh jam yang ditempah serta jumlah pemain.

Tiada had umur namun syarat ketinggian pemain perlulah at least 130cm dan paling maksimum adalah 190cm.

Alamat: 2, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

 2. BUNGEE JUMPING
Sunway Lagoon Extreme Park menawarkan aktiviti yang menarik dan antara yang menjadi perhatian pengunjung adalah bungee Jumpee. Harga yang dikenakan adalah untuk aktiviti Bungee Jumping adalah RM101 seorang untuk semua pemegang Mykad.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
3. FLYBOARD
Flyboard adalah aktiviti sukan yang baru dan mempunyai tarikan yang kuat untuk mencubanya. Untuk bermain aktiviti ini perlulah lebih berhati -hati kerana setiap pemain perlu mengimbangkan badan ketika berdiri diatasnya. Aktiviti ini dapat dimainkan jika anda berusia 15 tahun keatas dan mempunyai berat badan tidak melebihi 120 kg.

Alamat : Pusat Maritim, Jalan P5/5, Presint 1, 62000, Putrajaya. 
4. WHITE WATER RAFTING

Aktiviti ini merupakan sejenis sukan air yang amat sesuai untuk semua tidak kira anda bujang atau berkekasih, bersama kawan atau keluarga. Anda dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya dari tahap rendah hingga tahap tinggi sekali. Aktiviti berakit ini mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air sungai. Jangan risau soal keselamatan. anda akan dibekalkan dengan jaket keselamatan dan seorang pakar yang akan bersama sama menjaga keselamatan anda.

AlamatKampung Paya, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.

5. MOTORISED PARAGLIDING

Anda mungkin pernah dengarkan sukan paragliding ni ada kat Jitra di Negeri Kedah. Ha nii, tak usah pergi jauh nun sana, pergi je yang dekat ni ha. Ia agak berbeza sedikit kerana tidak terlalu bergantung pada angin, tapi masih selamat untuk terbang berawangan di awan -awanan ecewah.

Alamat : Pulau Indah, Klang.

Ini adalah sedikit sebanyak list por sukan ekstrim yang boleh korang cuba. Jangan nangsi nak balik tau bila dah sampai. Jentik kang hati tu. Tisu bebenau.