Restoran Jepun Halal Tanpa Perlu Anda Was- Was Nak Makan.

Mesti ada yang craving teruk nak makan makanan Jepun , tercari -cari lah mana port makan makanan Jepun yang halal dan best best dekat KL ni. Haa, nii nak bagi port -port best yang lepas ni terus jadi fav place ever untuk pencinta makanan Jepun.

1. SUKIYA MALAYSIA

Restoran Sukiya Malaysia mempunyai sijil halal yang telah diiktiraf. Ia dimasak tanpa meggunakan daging khinzir ataupun bahan yang diragui. Sukiya Malaysia dikatakan salah sebuah restran Jepun di Malaysia kerana telah dibuka pada tahun 1982 dan sangat arif mengendalikan pelanggannya.

Lokasi: Dua outlet di Kuala Lumpur terletak di Mid Valley Mega Mall dan Sunway Velocity Mall.

 

Perisa yang ditampilkan kepada pelanggan mempunyai campuran  hidangan Thai dan Korea dan disahkan halal. Sup Miso adalah salah satu menu terbaik dengan tekstur ayam yang lembut. Harga yang ditawarkan sedikit mahal namun sangat berbalo dan anda harus mencubanya at least sekali.

Lokasi: NU Sentral, Lot L5 09, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

3. ​AGEHAN JAPANESE  RESTAURANTt, GRANT BLUEWAVE HOTEL

 

Restoran Jepun yang diiktiraf halal ini terletak di dalam sebuah bangunan bertaraf lima bintang, namun ia agak bersesuaian dengan harga dan mampu milik. Agehan jiga mempunyai tukang masak yang cukup mahir dalam mengendalikam masaka Jepun seperti Hosomaki Sushi, Nigiri dan Makimono, serta mempunyai  kelainan tempatan pada hidangan seperti Cili padi (cili mata burung) Tuna Mayo Maki. Ia adalah salah satu restoran Jepun terbaik di Lembah Klang.

Lokasi : Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.

 

4. HEI SUSHI

 

Hei Sushi dikatakan salah satu restoran halal terbaik di Kuala Lumpur kerana ia mempunyai pelbagai hidangan. Bukan saja sushi ditawarkan, namun terdapat juga makanan daripada bahan- bahan segar disajikan. Hidangan makanan laut dan sashimi adalah antara pilihan dan kegemaran para pelanggan, namun daging lembu Wagyu, nasi bakar mini, mangkuk salad, ramen, dan ikan bakar juga  menjadi antara hidangan terbaik. Keistimewaan mereka menyampaikan masakan Jepun dengan citarasa masakan tempatan.

Lokasi : MyTOWN Shopping Centre, Seksyen, 90, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur

 

5. TOYYIBAN SUSHI

 

Satu-satunya restoran sushi milik orang Islam, Toyyiban Sushi adalah perniagaan keluarga yang dimulakan oleh orang Malaysia yang pernah belajar di Jepun. Walaupun mereka tidak mempunyai banyak pilihan dalam menu mereka, ia adalah sebuah restoran yang selesa yang membawa beberapa hidangan Halal terbaik di Kuala Lumpur. Selain sushi goreng rangup, mereka juga menyajikan hidangan mi seperti Udon, Soba dan Bento untuk harga yang berpatutan. Mereka menawarkan twist tempatan dalam bentuk sos pedas (sambal kicap) bersama dengan wasabi. Fakta yang menarik tentang restoran: ia dinamakan sempena ayat di dalam Al-Qur’an di mana umat Islam diperintahkan untuk makan makanan yang baik dan halal – Halalan Toyyiban.

Lokasi : Bangi Gateway Shopping Complex, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.