HEINEKEN ZERO HARAM DI MALAYSIA

Tergempar brand gergasi beer telah mengeluarkan produk baharu tanpa alcohol!!! Produk ini telah mulai dijual di Singapore dan Thailand, manakala bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi. Lepas ni kalau pergi Changkat boleh lah cuba produk Heineken 0.0 baru ni. Tetapi produk baru Heineken ini banyak mendapat sambutan negaitf di negara kita. Mungkin ini adalah suatu perkara yang normal di Singapore yang berbeza dengan di Malaysia kerana kebanyakan masyarakat kita beragama Islam.

Heineken 0.0 ini tidaklah memberi masalah kepada orang ramai yang beragama Kristian di Malaysia, tetapi perkara ini telah menggangu sensitiviti orang beragama islam. Ya Heineken terkenal dengan produk beer-nya tetapi apalah makna sebotol beer tanpa zero peratus alcohol. Bukankah orang minum beer ni sebab alcoholnya? Minum beer tanpa alcohol ni disamakan seperti “Enjoy sinful stuff without sinning”.

Heineken mengeluarkan produk 0.0 alcohol itu untuk memberi pilihan baru kepada pelanggan dan mereka mengharapkan sokongan pengguna Malaysia yang majority beragama islam. Ada segelintir masyarakat mengatakan Heineken 0.0 itu sejajar dengan trend pengguna yang semakin meningkat dan berminat dengan kesihatan. Tetapi adakah produk ini sesuai diminum di Malaysia?

Heineken 0.0 ni. Ada yang kata tak kisah, ada yang kata boleh minum dan ada yang kata tak boleh sama sekali. Minuman halal adalah minuman yang tidak mempunyai alcohol, so kalau minuman tu tak alcohol kita bolehlah minum minuman tersebut tetapi sayangnya tak ada cap halal pula untuk membuktikan minuman itu halal. Tetapi kalau korang perasaan, kalau masa pergi travel ramai orang tidak mengambil berat cap halal pada minuman asalkan tak ada alcohol boleh ja minum. Sebab tak semua negara menyediakan sijil halal seperti di Malaysia. Mungkin ini adalah strategy Heineken untuk menarik lebih ramai orang untuk membeli produk mereka, yalah kerana halangan agama ataupun untuk menjaga kesihatan maka Heineken mengambil berat benda ni dengan menghasilkan produk tanpa alcohol. Ini adalah usaha untuk mengaut keuntungan lebih daripada orang yang tidak minum alcohol.