Hausboom Music 2025, jatuh cinta dengan lokal!

Hausboom Music 2025, jatuh cinta dengan lokal!

AIRASIA Hausboom Fest 2025, Jahanam! Festival tahunan anjuran Hausboom ni berlangsung selama dua hari di MAEPS, Serdang pada 11 & 12 Oktober 2025. Tahun ni, pentas Hausboom tampil dengan lineup gabungan artis tempatan dan antarabangsa dari pelbagai genre; hip-hop, rock, indie sampai ke EDM. Tapi Hausboom bukan sekadar festival muzik, ia ibarat hub budaya. Selain konsert, terdapat juga food fest dan lokal fest dimana brand-brand tempatan menjual goods mereka. 

First time pergi konsert, terus pergi Hausboom lah! memang damage! Marisya, yang sebelum ni tak pernah jejak mana-mana festival muzik, terus jatuh cinta dengan suasana dan tenaga crowd yang 100% gila. walaupun artis kali ni banyak bawakan lagu yang bukan “radio hits”, crowd tetap power dan suasana memang alive. Marisya mungkin tak hafal semua lagu, tapi vibe tu cukup buat Marisya rasa belong.

Sebagai first timer, Marisya mengaku dia datang bukan sebab minat mana-mana artis pun, tapi sebab nak rasa vibe. Dia just nikmati suasana, crowd yang sporting dan pit yang mesra, walaupun tak boleh sing along macam orang lain. Tapi itulah yang buat Hausboom lain tak kisah siapa kau, semua orang datang untuk rasa muzik sama-sama. Walaupun terdapat beberapa insiden yang mencuit mata Marisya, tetapi overall ia tak cacatkan festival ini. Yang paling best bagi Marisya? Kena hempap dengan Sam BUNKFACE! 

Festival macam Hausboom ialah gateway untuk orang muda kenal dan hargai muzik lokal. Ia buka pintu kepada pendengar baru untuk faham cara untuk hargai musik lokal cuma kena berani je melangkah masuk ke crowd tu untuk rasa sendiri.

Untuk Marisya, Hausboom bukan sekadar konsert pertama tapi permulaan kepada cinta baru terhadap muzik tempatan. Dan pastinya, bukan yang terakhir. Bukti bahawa musik dan festival tempatan sama hebat seperti di negara luar.  

oleh : Marisya