Fun House Loose gegarkan PJ

Fun House Loose gegarkan PJ

Malam penuh energi anak muda di Petaling Jaya menyaksikan 6 band lokal – Radiowave, Ilmunanti, Monotones, Fieldville, Paylark & Teh Tarik Senja – all out atas pentas. Gig ini dianjurkan oleh @curated.chordsmy, sebuah kolektif orang muda yang berani mencabar status quo dengan misi mencipta ruang untuk band-band baru dan komuniti muzik tempatan. Freedom, ekspresi seni & emosi anak muda betul-betul meletup di Cero PJ.

Menurut penganjur, mereka dahagakan pentas untuk band baru sambil membina ruang komuniti muzik yang lebih inklusif dan selamat. Misi mereka jelas, hidupkan grassroots venue, galakkan peminat sokong scene lokal, dan pastikan band serta venue sama-sama terus thrive. Ini bukan sekadar mengejar untung, tetapi satu usaha membina ekosistem muzik. Bagi mereka, grassroots venue adalah nadi scene kerana setiap band besar bermula daripada pentas kecil. Dan di gig seperti inilah kita dapat rasa kebebasan sebenar muzik.

Fun House Loose berjaya menghidupkan suasana kebebasan, noise, dan emosi anak muda. Tahniah kepada curated.chords atas kejayaan gig pertama mereka.

Kami di MKR berdiri teguh menyokong usaha anak muda dalam membina scene muzik sebagai sebahagian daripada gaya hidup generasi kini.