Fakta Menarik Pembunuhan John F Kennedy

Setelah kes pembunuhan John F Kennedy atau dikenali sebagai Jack Kennedy telah dibiarkan tergantung tanpa dijumpai penutupan yang sempurna, kebelakangan ini masyarakat Amerika Syarikat giat mengkaji kes pembunuhan Jack Kennedy setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuka kembali akses dokumen penyelidikan kematian mendiang John F Kennedy.

  • Membunuh presiden adalah bukan satu kesalahan jenayah ketika itu
    • Proses undang-undang yang menimpa JFK ketika itu adalah di bawah tanggungjawab Texas.
    • Selepas dua tahun insiden tersebut berlaku, barulah ia termaktub dalam jenayah persekutuan dan ditangani oleh Federal Bureau of Investigation (FBI) secara rasmi.
  • Selama 4 hari tiada berita hiburan
    • Selama empat hari berturut-turut sejak kematian JFK tiada sebarang berita hiburan demi menghormati pemergian mendiang JFK oleh CBS, NBC. dan ABC.
  • JFK adalah presiden keempat yang dibunuh
    • Sebelum JFK, Abraham Lincoln, James Garfield, William McKinley juga Warren G Harding telah dibunuh.
  • Posisi Abraham Lincoln dan JFK diganti dengan ‘Johnson’
    • Andrew Johnson menjadi Presiden ke-16 menggantikan Abraham Lincoln pada tahun 1865. Setelah kematian Presiden ke-16 tersebut, jarak antara beliau dan kematian JFK adalah 100 tahun. presiden yang ke-35 itu  kemudiannya digantikan dengan Lyndon Johnson
  • Oswald tidak ditangkap kerana membunuh JFK
    • Walaupun Lee Harvey Oswald dituduh membunuh JFK, namun Oswald sebenarnya tidak ditahan atas tuduhan membunuh JFK. Malah beliau sebenarnya ditangkap kerana membunuh seorang pegawai polis 45 minit selepas pembunuhan JFK.