Ewww Darah!

Salah Info?

  1.  Punca makin berisi – Wei berat naik sangat laa weii lepas derma darah, baik kau takyah derma darah,nanti selera makan kau akan naik teruk so sia-sia je kau diet selama ni.
  2. Dapat banyak penyakit@jangkitan kuman – boleh terdedah dengan risiko virus seperti Hepatitis B yang disebabkan oleh penggunaan alatan yang tak steril terutama jika korang berbekam or bertatu pada masa tu.
  3. Jadi lesu dan tidak selesa – Boleh jadi sangat tidak selesa bila saat jarum mengena di lengan si penderma darah malah jadi penat yang amat sangat sehingga tak boleh nak fokus pada aktiviti harian korang.
  4. Takut kena jangkitan kuman atau dapat HIV positif kalau derma darah – Jarum yang disuntik dekat lengan kita tu tak selamat dan telah tercemar. Tak sanggup nak derma!

Untuk pengetahuan anda, sekali anda menderma, anda dah menyelamatkan 3 nyawa. Ini disebabkan apabila anda menderma, bekalan itu boleh dibahagikan kepada tiga komponen berasingan.

Sumbangan yang mudah, sebanyak satu pain sahaja, boleh mengubah kehidupan ramai orang. Marilah kita bersatu padu, angkat lengan baju, dan melakukan sesuatu yang Heroic!

Maka, marilah kita sama-sama menderma darah untuk membantu rakyat Malaysia lain. Mana tahu, nanti sampai suatu masa kita pula yang memerlukan. Betul tak?

#dermadarahisperlu

#blooddonationmalaysia

#itsourturntomakepeolpehappy

 

 

PAGES

1 2