Toxic Parents: Ganggu Pembesaran Anak

Tiada ibu bapa yang sempurna dalam membesarkan anak-anak. Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. 

Cara ibu bapa berkomunikasi, serta melayani anak-anak akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif dalam kualiti kehidupan mereka.

Sikap ibu bapa mengkritik anak secara keterlaluan adalah toksik. Hal tersebut akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka memendam rasa.

Anak-anak yang dibelai penuh kasih sayang, diberikan sokongan serta hubungan sosial yang seimbang bersama ibu bapa cenderung membesar menjadi individu dewasa yang baik.

Namun, mereka yang dibesarkan dalam penuh kritikan akan memberikan impak negatif kepada tumbesaran apabila dewasa kelak.