Wanita dan Beauty Standard

Wanita dilihat terpaksa memenuhi banyak harapan dari masyarakat. Salah satu harapannya adalah bagaimana mereka perlu memenuhi standard tertentu untuk dilabel sebagai cantik. Seolah standard kecantikan seseorang wanita kini ditetapkan oleh masyarakat.

Oleh kerana masyarakat cenderung menilai kecantikan wanita terutamanya dari penampilan fizikal mereka. Boleh dikatakan kecantikan didefinisikan oleh bentuk badan yang ramping dan warna kulit yang cerah. 

Media sosial seperti Instagram dan Facebook juga ‘tidak sengaja’ membantu mempromosikan standard kecantikan ini dengan membolehkan kita mengedit gambar kita melalui penapis untuk mempromosikan versi ‘terbaik’ dari diri kita yang sesuai dengan standard tersebut. 

Tidak menghairankan bahawa fenomena ini telah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan wanita yang tidak sesuai dengan kriteria ini. Mereka merasa tidak berpuas hati dan bahkan merasa tertekan mengenai badan atau penampilan mereka.

All body and skin types are beautiful! Apa yang perlu ditumpukan setiap wanita itu adalah kekal sihat dan bahagia kerana kebahagiaan boleh menyebabkan kecantikan dalaman serta luaran wanita itu terserlah.