Dr. Amalina & Dr. Syeikh Muzaffar: Apa ‘Kelas’ Anugerah Meletop!

Anugerah Meletop Era 2020 akan berlangsung pada 12 April 2020. Maka bermula lah musim undian artis-artis kegemaran untuk kategori yang dipertandingkan. Yang paling mencuri tumpuan netizen adalah kategori Influencer Meletop. Semua yang dicalonkan untuk kategori tu memang layak pun, KECUALI Dr Amalina & juga Dr Syeikh Muszaphar.

Rata-rata netizen tak setuju la dua individu tersebut dipertandingkan dalam kategori tu. Dua-dua ada gelaran Doctor & mereka tak sama langsung dengan influencer lain yang tercalon.

Mereka berdua popular sebab selalu share informasi dan fakta berguna kepada masyarakat. Panas juga lah hati netizen sebab menyamakan Dr Amalina & Dr Syeikh Muszaphar dengan Youtubers lain yang lebih popular disebabkan followers & likes. Pada mereka, standard dua orang doktor ini lebih tinggi, patut diberi penghargaan. Bukan bertanding dalam anugerah cikai dengan budak-budak rempit! Ops! Netizen yang komen ye. Ni ada beberapa screenshot komen dari netizen berhubung isu ni.

 

Apa-apapun, setuju dengan komen dia ni,’a good influencer is one that leads & give good examples‘. Kita nak dunia yang lebih baik, maka kita perlu ramai influencer untuk tarik ramai orang ke benda-benda baik.

COMMENTS