Detektif Kampus 4.0 – UNISEL Bestari Jaya

UNISEL Bestari Jaya menjadi lokasi persinggahan kedua bagi roadshow Detektif Kampus 4.0 anjuran MyKampus Radio, event wajib setiap tahun! Program ini berlangsung di Dewan Naib Canselor, UniSel dengan penyertaan seramai 130 pelajar, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SESI 2025/2026.

Bermula pada pukul 10 pagi, para peserta mengikuti misi mencari AI yang memerlukan mereka menyelesaikan tugasan sepanjang aktiviti berlangsung. Setiap cabaran memberikan peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran berfikir, menyusun strategi serta bekerjasama dan kumpulan. Sepanjang program, para peserta turut berpeluang merasai pengalaman berbeza daripada aktiviti kampus biasa melalui pendekatan permainan berkonsepkan penyiasatan. Penglibatan mereka menjadikan roadshow ini satu platform menarik untuk menggalakan interaksi dan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha MyKampus Radio membawa aktiviti interaktif ke institusi pengajian tinggi serta mendekati komuniti mahasiswa melalui pengalaman yang lebih santai dan menyeronokkan. Dengan berakhirnya roadshow di UNISEL Bestari Jaya, Detektif Kampus 4.0 meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya bagi memperkenalkan misi dan pengalaman baharu kepada para pelajar kampus.

COMMENTS