# Buka & Tutup
Dibuka seawal 1 pagi, dalam 40% gerai macam tu dah bukak dah and dalam pukul 5-6 pagi sepenuhnya sudah dibuka. Pasar pagi Pudu nie ditutup pukul 2-3 pagi masa nie lah ada dari mereka yang berpendapatan rendah datang dan beli dengan harga yang lagi murah.
Jangan risau kalau korang takda transportation, kat sini ada je public transport. Korang boleh naik MRT Pudu tapi korang kena jalan sikit lah untuk sampai ke pasar nie and ada jugak bas bandar yang lalu depan pasar pudu nie- so korang boleh lah naik.
Tapi kalau korang dah rindu mall kan, boleh je korang pergi Mytown Ikea dekat-dekat dengan pasar pagi Pudu tu. Dah penat kat pasar kan, kesian korang. Bolehlah pergi mall makan ice cream pulak. Jaraknya cumalah 13 minit jalan kaki sahaja, okaylah tu kan?
Chilling kat pasar pagi Pudu, sangatlah onz and rare kan? Alah sesekali buat something yang orang lain tak pernah buat apalah salahnya kan? Korang boleh ber-OOTD sambil discover ragam manusia and makan kat gerai legend! Tak semestinya datang pasar nak beli sayur ikan je, tapi apalah salahnya, murah whattttt! Selamat chill korangggg!