Chilling At Pasar Pagi Pudu- Yayy or Nayy?

# Menarik di Pasar Pagi Pudu

Haaa nampak katak segedabak nie! Jangan tak percaya uolls, kat pasar pagi Pudu nie apa je yang takda? Katak yang dijual kat sini lagi besar dari tapak tangan korang tau! Kalau korang pergi center of the market, ada satu gerai nie jual katak besar yang dijadikan sebaga bahan pengubatan orang Cina. Amacam korang, ada ke pasar area rumah korang yang jual katak gemuk macam nie?

Kalau korang jalan lagi sampai hujung pasar pagi Pudu nie korang akan nampak lambakan gerai yang jual haiwan peliharaan. Tapi tak mainlah jual ayam itik je uolls! Kat sini ada jual Arowana dengan harga serendah RM60 untuk yang keciklah. Ada jual- ikan laut yang cantik-cantik termasuklah ikan pari yang bercorak polka dot, kura-kura pelik pun ada,  arnab sampailah ke hamster!

Bukan tu je uolls, barang keperluan untuk pets korang pun ada dijual kat pasar pagi Pudu nie! Pelbagai jenis dan size sangkar yang dijual dengan harga opkos lah memang murah! Makanan haiwan peliharaan korang pun ada. Serba serbi memang lengkap and murah lah.

Jangan risau buat penggemar gajet, digital dan elektronik- kat pasar pagi Pudu nie pun tak terkecuali. Kat satu sudut kat pasar nie ada satu section khas untuk barangan digital elektronik tau. Yang pastinya mestilah korang boleh beli dengan harga yang superb murah.

Dah laparrr? Click nextpage lepastu kenyang!

PAGES

1 2 3 4