Tips hadapi ‘FIRST DATE’. Fakta #wajibtahu bagi perempuan

By; Ayumohdkhamin
Temujanji pertama sangat mengujakan . Dalam masa yang sama ia adalah pengalaman yang menakutkan buat sebahagian wanita terutamanya yang sudah lama single. Hanya satu kesalahan kecil boleh membawa pada disaster date atau mungkin pertama dan terakhir anda berjumpa dengan si dia. So, MKR nak kongsikan kepada korang 5 kesalahan yang perlu dielakkan oleh wanita ketika temujanji.
1. Jangan berpakaian seksi
Tipula kalau lelaki tak suka tengok tubuh wanita yang seksi , tapi ingat si dia akan menganggap korang beri isyarat yang salah. kenakan pakaian yang selesa tetapi masih menunjukkan tubuh korang. Biar dia bermain dengan imaginasi sendiri dan mungkin anda akan dapat temujanji kedua
2. Background Check
Tiada salahnya jika korang membuat sedikit background check sebelum temujanji. Instagram atau Facebook adalah permulaan baik untuk melihat apa yang dia suka. Bila wujud awkward moment , bolehla mula kan topik lagu  kegemaran ataupun post terbaru . Sembang secara santai, jangan pula dia ingat korang seorang stalker!
3. Jangan terlalu personal
Jangan beritahu apa yang terjadi pada hubungan cinta yang lalu. Ia memberi petunjuk bahawa anda belum lagi move on dari ex. Juga jangan cerita permasalahan keluarga korang. Perbincangan seperti ini terlalu berat untuk first date. Mulakan dengan memberitahu serba sedikit tentang diri seperti hobi. First date adalah sesi suai kenal jangan terlalu gopoh gapah untuk cerita semua.
4. Pengerakan mata
Menjadi kebiasaan tangan tak pernah terlepas dari telefon bimbit untuk update twitter atau instagram. Jangan lakukan pada date pertama? Kunci pengerakan anak mata pada si dia. Selain menunjukkan korang berminat untuk mendengar sesi perbualan, ia juga memberi isyarat yang korang seorang yang berkeyakinan dan jujur. Ingat ini bukan pertandingan melawan mata, sekali sekala alihkan gerak mata.
5. Jangan add on facebook atau laman sosial lain
Adalah menjadi kebiasaan kita  untuk ‘add as friend’ atau ‘follow’ rakan yang baru anda jumpa di laman sosial. Bagi date yang baru sahaja anda kenali , jangan lakukan demikian. Ia memberikan isyarat yang menakutkan kepada si dia kerana anda seperti mahu stalk kehidupan ‘peribadinya’. Set temujanji kedua supaya ia lebih selesa untuk kenali lebih dalam.
So, apa yang penting untuk korang di luar sana BE YOURSELF hokey ! Moga korang berjumpa Jodoh