Bung Jagoi: Port Hiking Baru & Best!

Asyik hiking tempat sama je. Apa kata kali ni korang try hiking ke Bung Jagoi pulak. Alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kota. ‘Bung’ dalam bahasa Bidayuh bermaksud puncak. Jadi Bung Jagoi bermaksud Puncak Jagoi.

Ada 2 jalan untuk mendaki Bung Jagoi. Satu, melalui Kampung Serasot. Laluan yang ini pendek tetapi agak curam dan sukar terutama sekali pada newbie. Laluan yang kedua pula melalui Kampung Duyoh. Panjang sedikit, tapi sangat mudah untuk didaki.

 

Di sepanjang jalan korang boleh dengar bunyi air sungai, bunyi serangga dan juga melihat tumbuhan yang pelbagai.  Beza sangat dengan suasana hutan konkrit dan bunyi hon kereta.

Lagi 5 minit nak sampai Kampung Bung Jagoi, korang akan jumpa Ayak Bikubu dulu. Air gunung yang disalurkan melalui buluh memang sejuk beb! Lepas minum terus rasa fresh.

Korang akan jumpa Kampung Bung Jagoi tapi ni bukan puncak tau. Takde dah penduduk kampung yang menetap kat sini. Rata-rata dah pindah dan duduk di kampung-kampung di kaki gunung. Lebih mudah untuk bercucuk tanam dan mencari rezeki. Yang tinggal hanya lah rumah kosong dan usang. Hanya ada satu keluarga yang tinggal di sini dan mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan sekitar dan melayan pelancong yang datang.

Sampai je kat puncak, korang boleh tengok pemandangan seluruh daerah Bau kat atas ni. Memang awesome!

Bila dah turun bawah tu, sejuk-sejukkan lah badan dengan mandi air sungai plak.

Amacam?? On tak on? Nanti plan hiking ke sini pulak k.