5 Yoga Pose untuk Hilangkan Headaches!

Dua penyebab utama sakit kepala adalah tekanan darah dan stress! Most of the time, orang akan pilih untuk makanan panadol dan tidur. Tapi macam mana kalau korang kena sakit kepala teruk waktu korang dekat office? dan bos korang pulak tak memahami sakit kepala korang tu? Haa dekat sini kita akan listkan 5 posisi yoga yang boleh korang boleh buat dekat office dan dalam masa yang sama dapat membantu korang menghilangkan sakit kepala.

Eagle Pose 

Posisi ni nampak susah kan? tapi korang boleh modified dengan duduk bersila dekat atas kerusi dan buat posisi tangan yang sama macam dalam gambar atas ni. Posisi ni elok untuk menghilangkan ketegangan otot bahu korang.

Child Pose 

posisi ni elok untuk orang yang tengah stress, anxiety atau sakit kepala. Dia lebih kurang posisi sujud bagi orang Islam, cuma posisi tangan harus diluruskan. Dengan melakukan posisi ni, oxygen dapat bergerak melalui tulang belakang terus ke leher dan seterusnya bahagian bahu.

Legs Up The Wall Pose 

Pose ni dikatakan sebagai posisi yang sangat berkesan untuk anxiety. Posisi ini dapat membantu untuk mengosongkan minda dan menghilangkan keletihan.

Knees To Chest Pose

Posisi ini adalah untuk melonggarkan otot pada bahagian belakang badan. Apabila kaki dilepaskan, darah akan berjalan keseluruh badan termasuk bahagian kepala. Jadi kurang lah sikit sakit kepala tu.

Corpse Pose

Pose ni memang selalu menjadi pose last dalam mana-mana sesi yoga. Pose ni memang sangat membantu dalam melegakan sakit kepala.

Jadi korang boleh lah try posisi yang ada dekat atas ni bila-bila korang diserang sakit kepala okay!

COMMENTS