Bila Beraya di Negara Bukan Islam, Dgn sushi dan Texas steak

hanya sekadar gambar hiasan

Bila beraya di negara asing, khususnya negara bukan majoriti muslim, pengalaman berbeza. dn utk yg dari negara seperti msia mana semua perkara is about raya, the jalan, the traffic, the bazaar, kubur, masjid, program TV, program cable, internet, hiasan di mall, hiasan di kampung, mmg raya is raya. dan bila di luar negara is pelik bin ajaib. pelik sgt.

Jadi hari ni jatul bersama mereka yang sambut di luar Malaysia iaitu Aisyah Aiman beraya di Jepun, Wani Bakri raya di United States dan Farah Syahera di United Kingdom.

  1. adakah cuti umum di sana, raya?

Aisyah : ……….. Di sana raya tidak ada cuti yang diberikan, Dulu masa mula2 rasa awkward sebab raya waktu kelas, exam, Tapi lama-lama dah okay sebab dah terbiasa. Sebab raya disana bukanlah satu cuti public holiday…

2. Ini raya pertama sana, kalau tak, apa biasa org buat disana pada hari raya?

Farah Syahera : …….. Kami akan lepaskan kelas dahulu, lepastu kami akan buat portluck sesama orang muslim yang menyambut raya disana, kadang2 solat dalam rumah dan lepastu kami akan makan raya. Saya memang selalu masak makanan mcm rendah etc.

  • susulan : ada masjid? kalau tidak, mana?

Aisyah :…………… Macam di Jepun, kami tidak ada masjid kalau ada pun jauh, jadi kami sewa satu bangunan untuk solat raya di dalam banggunan itu, di situ bukan hanya muslim di Malaysia malah ada di merata-rata yang menyambut raya… Kadang-kadang keliru dengan solat mereka disana

3. Lepas pengalaman ini, beraya di luar negara, masih nak keje di sana lepas grad, to be in a place tak boleh beraya mcm dikampung?

Farah Syahera : …………. Saya rasa nak sambung duduk disini sahaja, sebab disini untuk orang yang mengambil engineer dibayar lebih berbanding di Malaysia.

Aisyah : ……………….. Saya pun bersetuju dengan Farah sebab di sini walaupun bukan di negara sendiri tapi dibayar lebih tinggi…..

Wani : ………… Saya tak boleh, kerana lepas habis belajar kena balik ke Malaysia kerana ada contract dengan scholarship……….

4. bagaimana beraya dgn muslim2 yang dari tempat yang lain. Rasa culture shock? bila lihat makanan mereka, cara mereka celebrate, atau tak celebrate?

Farah : ……….. Berbeza mazhab, Jadi agak terperanjat dengan cara solat mereka……….

Aisyah : …………… Kadang2 muslim ada je yang solat di tepi train tapi orang jepun tak ganggu pun, mereka menghormati……

Nak tengok lebih lanjut : https://www.facebook.com/973465132726247/videos/753165135345520