Berita Tergemparrrr : Tragedi Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang!

Berita Tergemparrrr : Tragedi Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang!

Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan apabila pelajar-pelajar di sekitar Sekolah kawasan pasir gudang menjadi mangsa yang terkesan dengan pencemaran gas bertoksik berpunca  akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor Bahru.

Bencana pencemaran ini bermula pada 7 mac 2019 apabila pihak pengurusan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih mengesan persekitaran udara di sekolah berbau bahan kimia.

Tak lama lepas tu pihak sekolah dikejutkan dengan terdapat pelajar yang mengalami simptom pening kepala muntah dan mual. Lapan ambulan dikejarkan ke dua sekolah berkenaan untuk membantu 24 pelajar dan masing-masing seorang guru dan pekerja kantin yang pengsan.

Lebih memilukan apabila angka bilangan mangsa yang terkesan itu semakin meningkat dan berada di tahap membimbangkan.

Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan  awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Pada 11 Mac yang lepas, Tiga lelaki lingkungan 50-an dan 40a-an termasuk dua pemilik kilang telah ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.

Walaubagaimana pun, Pendakwaan terhadap pengusaha kilang tayar kitar semula yang juga suspek utama kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak dapat dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sebelum ini dan telah ditangguh.

Nak tahu cerita selanjutnya? Click next page!

PAGES

1 2