Berita Tergemparrrr : Tragedi Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang!

Berita Tergemparrrr : Tragedi Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang!

Majoriti kes adalah pelajar daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih.

Akibat daripada keadaan yang bertambah teruk dan untuk mengurangkan lagi bilangan mangsa. Sebanyak 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta susulan pencemaran bahan kimia

Kesemua sekolah berkenaan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Bahan-bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara yang teruk di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor telah dikenal pasti mengandungi lapan sebatian kimia.

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, 8 sebatian kimia berbahaya itu  disahkan dibuang di Sungai Kim Kim dan kesemua 8 bahan kimia yang dikesan ialah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, ethyl benzene, aldrich toluene, xylene dan limonene.

Pencemaran gas dan sisa pembuangan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang merupakan insiden paling buruk yang pernah dihadapi penduduk sekitar. Diharapkan, si pelaku tak dilepaskan begitu sahaja dan mendapat hukuman yang setimpal! PrayForPasirGudang!!

PAGES

1 2