Berhenti bertik-tok, terus ke Puchong menjadi Bintang!

Pengumuman! Untuk pengganti Black Hanifah dan Akim and the majistret, anda perlu bergegas ke pesta seni pada Disember 14 – 15. Inilah saat yang tunggu-tunggu untuk anak muda.

Sepanjang 2 hari program dijalankan macam-macam aktiviti yang boleh di buat. Biasanya diadakan pada hujung tahun atau awal tahun bertempat di Spacerubix, Puchong.

Dalam Rantai Art ini, boleh dikatakan anak muda menonjolkan bakat mereka. Setuju atau tak setuju pelbagai group band yang datang tau untuk promosi band diorang.

Tak lupa juga ada persembahan live dari band Margosa, kugiran A sazali, Kabus, Reinbo, Panasejook dan banyak lagi band lain yang power! Bukan sekadar persembahan je, band-band pun bawa merch seperti Cd, Kaset, T-shirt dan Stickers.

Apa yang menarik lagi pasal program ni, macam-macam aktiviti ada contohnya persembahan puisi, Live graviti demonstrasi, Workshop, Pop art, foodtruck dan filem screening pada waktu malam.

Sebenarnya platform ni bermula pada 2006 sampai lah tahun ini. Bukan je untuk anak muda, kalau nak tahu budaya kesenian pun di paparkan tanda kesenian yang ada di Malaysia.