Ada yang kata baby dilahirkan tak besih la , kulit tak cantik la pastu ada yang lagi mengarut, diorang cakap ni sebab saka la dan dibuat orang. Heyyy please stop!!! Baca thread ni okay.
Kalau baby yang dilahirkan dengan kerak-kerak putih tu kelebihan dan anugerah tuhan tau!
Gambar baby yang tersalut dengan benda putih putih tu nama dia vernix caseosa also know as vernix.
Inilah krim kulit semula jadi terbaik di dunia, vaseline ?? Nope. Tak ada krim yang lebih baik daripada vernix caseosa.
Dibuat dan dikeluarkan dari kelenjar sebaceous gland yang ada pada kulit bayi sendiri, mengandungi 80% air, 10% protein, dan 10% lemak. 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin yang membantu untuk :
1. Waterproof, janin boleh stay dalam air ketuban berbulan bulan dan mengelakkan kulit kecut dan berkedut kedut. Ha korang boleh ke berendam dalam air lama lama?
2. Antibacteria, memberi pelindungan semasa dan sejurus selepas dilahirkan.
3. Mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin berak dalam kandungan sebelum dilahirkan.
4. Mengelakkan kehilangan haba terlalu cepat dari permukaan kulit baby sejurus dilahirkan supaya tidak kesejukkan.
5. Healing properties, mempercepatkan kesembuhan yang melecet atau geseran pada kulit sewaktu proses kelahiran atau sewaktu ibu meneran bayi keluar.
6. Vernix caseosa inilah akan membantu kulit baby untuk menyesuaikan diri, dari peralihan alam yang lembat dan basah ke alam yang kering. Vernix caseosa inilah moisturiser semula jadi terbaik.
Dan disarankan untuk membiarkan vernix caseosa ini sejurus dilahirkan pada hari pertama dan tidak terlalu awal untuk dimandikan selepas kelahiran.
Bersyukur lah anda semua yang mendapat kelebihan ini, anugerah tuhan baik untuk bayi. So stop saying kulit tak bersih, tak cantik whatever la and don’t say, ini datang dari keputihan ibunya or datang dari air mani bapanya PLEASE STOP THAT !!!
Vernix caseosa, moisturiser semula jadi terbaik, jangan lupa ya!