Namun, terdapat golongan yang membuktikan kejayaan dan kecantikan bukan dieertikan dengan warna kulit sahaja. Berikut merupakan antara selebriti berkulit gelap yang boleh dijadikan inspirasi.
1. Dayang Nurfaizah
Dengan berbekalkan wajah yang gelap, Dayang menganggap itu merupakan satu anugerah yang dianggap manis dan cantik untuk dipandang. Baginya, rawatan pemutihan kulit adalah karut dan kita perlu bertanggungjawab untuk menjaganya agar tidak kusam dan berjerawat.
1. Dayang Nurfaizah
Dengan berbekalkan wajah yang gelap, Dayang menganggap itu merupakan satu anugerah yang dianggap manis dan cantik untuk dipandang. Baginya, rawatan pemutihan kulit adalah karut dan kita perlu bertanggungjawab untuk menjaganya agar tidak kusam dan berjerawat.
2. Nourul Wahab
Merupakan antara individu yang pernah menegur netizen yang komen mengenai unsur diskriminasi kulit di posting instagrammnya. Dia turut berbangga kerana memiliki keistimewaan tersebut dan menganggap ianya adalah harga diri.
3. Dr Amalina Che Bakri
Dr Amalina pernah mengejutkan Malaysia dengan memperoleh 17 A1 dalam SPM tahun 2004. Kini dia menjadi perhatian umum apabila lantang menyelar usahawan kosmetik yang menggunakan produk tanpa kelulusan. Dia turut terkenal dengan kebijaksanaan dan rupa paras yang cantik biarpun berkulit gelap.
4. Nabila Huda
Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search adalah antara selebriti yang berkulit gelap dan mengakui tidak bersetuju dengan produk yang berkaitan dengan rawatan pemutihan. Baginya, produk tersebut memberikan kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, kecantikan seseorang bukanlah diuukur dengan warna kulit semata-mata. Kecantikan hadir dalam bentuk luaran fizikal, dan faktor dalaman perlu diambil kira.