Atasi Ketagihan Merokok

Rasa ketagihan yang melampau kadangkala menyebabkan perokok melupakan hasrat untuk berhenti daripada tabiat harian tersebut. Sebenarnya, keinginan untuk berhenti menghisap rokok perlu seiring dengan semangat dan pendirian yag tegas. Tambahan, perokok juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Terdapat beberapa jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri anti nikotin yang boleh membantu perokok meneruskan niat untuk berhenti merokok.

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menikmati hidangan yang mempunyai buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan keinginan untuk merokok. Hal ini demikian kerana sayuran seperti saderi dan timun dapat menyebbkan rasa pahit ketika merokok dan seterusnya akan dapat mengurangkan tabiat ini dan secara perlahan-lahan membuatkan mereka berhenti daripada merokok.

2. Susu dan tenusu

Selepas menikmati minuman bersusu. Perokok akan kehilangan deria rasa yang selalu dinikmati ketika menghisap rokok. Rokok yang dihisap selepas meminum susu akan menyebabkan rokok yang dihisap berasa tidak seperti kebiasaan dan boleh membantu mereka untuk berhenti merokok.

3. Teh Ginseng

Minuman ini berperanan untuk melemahkan kesan dipamin, neurotransmitter di otak yang mempunyai kaitan dengan keseronokan dan dilepaskan semasa merokok. Terdapat kajian yang dijalankan bersetuju bahawa teh ginseng mampu mengurangkan ketagihan nikotin pada diri perokok.

4. Gula-gula getah

Menguyah gula-gula getah dapat membantu perokok untuk meneruskan tabiat yang tidak sihat itu. Hal ini kerana mulut mereka sibuk dengan manisan berkenaan. Kebiasannya, mengunyah gula-gula getah memerlukan masa yang lebih lama berbanding menghabiskan sebatang rokok.  Oleh itu, keinginan untuk merokok dapat dikurangkan.

Makanan yang disenaraikan dapat membantu untuk mengurangkan ketagihan merokok. Namun, perokok juga perlu mengelakkan beberapa makanan seperti kafein, daging dan makanan pedas kerana  boleh mengundang ketagihan untuk merokok. Pengamalam gaya hidup sihat juga sangat penting.