Balai Seni Negara Langkawi Kembali Menyinari

Dah sampai Langkawi tapi tak pernah jejak kaki ke Balai Seni Negara Langkawi? Lemahhhh!

Salah satu tarikan menarik di Langkawi, sambil bercuti boleh cuci mata melihat karya seni para artis negara yang membuatkan anda semua terkesima dengan keindahan seni dan budaya yang dipamerkan di sana.

Pada 8 Jun 2024, secara rasminya Balai Seni Negara Langkawi di buka semula setelah enam bulan ditutup bagi kerja-kerja renovasi galeri dan kerja-kerja menaiktaraf yang lengkap dengan kemudahan. Fuhhh dengar-dengar lift pun diimport dari Jerman! Semua dibuat khas untuk keselesaan para pengunjung temasuklah Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut diambil kira.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Shaik Rizal Sulaiman dalam acara malam yang gilang gemilang. Beliau turut menyatakan, pembukaan ini juga adalah untuk menghidupkan lagi kesedaran dan penghayatan masyarakat untuk lebih menghargai seni.

Dengan ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan. Bukan sahaja pameran karya seni, bengkel-bengkel seni turut dianjurkan selama dua hari tersebut (7 Jun & 8 Jun). Jadi, bukan sekadar melihat karya seni malah anda boleh turut serta dan luangkan masa join aktiviti tersebut. Antara bengkelnya:-

  • Bengkel Seni Cetakan Kayu bersama sifunya, Long Thien Shih

  • Bengkel Seni Kolograf bersama sifunya, Helmi Azam Tajul Aris

  • Demonstrasi Cat Air Landskap Langkawi bersama sifunya, Rohizad Shaari

Serentak dengan ini juga, berlakunya Majlis acara Penyerahan Geran Tabung Bantuan Seni (TBS) 2024 kepada lima penerima yang melibatkan dana sebanyak RM78,000. Bertuah anak seni Malaysia ni kan?

Buat anda yang tertanya-tanya apakah Tabung Bantuan Seni ni, mehhh kami kongsikan sikit. Tabung Bantuan Seni (TBS) adalah satu bentuk bantuan kewangan khusus buat penggiat seni di Malaysia bagi tujuan menjalankan aktiviti seni. Usaha ni juga adalah untuk membantu para artis membina dan mengasah bakat, sekaligus kembangkan lagi perjalanan kerjaya seni mereka. Boleh dikatakan Tabung Bantuan Seni ni adalah nadi kepada karyawan seni diluar sana dan tak lupa juga, tahniah buat lima penerima!

Akhir kata, kempen Tahun Melawat Kedah tak lama lagi. Jadi, kalau datang Langkawi selain beli Daim, pergi Makam Mahsuri & Pulau Dayang Bunting, sila masukkan Balai Seni Negara Langkawi dalam list lokasi pelancongan anda. Moga seni, budaya dan warisan tanah air terus berkembang maju di pulau lagenda ini.

Masak mi goreng dengan sawi,

Dah makan sedap sangat niii,

Kalau kunjung ke Langkawi,

Jangan lupa singgah ke Balai Seniiiii <3