Bajet 2019 : Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM100 Tanpa Had

Bajet 2019 : Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM100 Tanpa Had

Berita gembira buat korang  di luar sana yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari. Dalam Bajet 2019 yang diumumkan pada Jumaat lepas kerajaan mengumumkan………………… *drum roll*

“Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019,”

Memang berpatutan kan? Lagi lagi korang yang students tu tiap-tiap hari pergi balik kelas kan. Tu belum kira naik dua tiga jenis pengangkutan awam kan memang habis duit dekat situ je, betul tak?

Kerajaan telah memperuntukan RM240 juta dalam pengangkutan awam ni, so korang dari serabut nk hadap jem semua tu baik naik public transport. Murah dan jimat kan?

 

Selain itu, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi pas bas RapidKL sahaja turut disediakan dan akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

 

Elok-elok okay naik public transport tu? Jangan sampai jadi macam ni tau :p