Bajet 2019 :Perkhidmatan percuma Bas GoKl diteruskan!

Bajet 2019 :Perkhidmatan percuma Bas GoKl diteruskan!

Siapa pengguna tegar Bas GoKl kat sini? Haa korang boleh terus melompat gembira sebab apa? Jom baca!

Pada pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengumumkan peruntukan RM20 juta menerusi DBKL untuk menaik taraf perkhidmatan bas percuma GoKL.

Okay korang dah faham tak?  Maknanya perkhidmatan bas Gokl secara percuma akan diteruskan lagi! yeayyyyy! Haaa tepukkkk! jadi korang tak perlu nak risau lagi, dengan bas Gokl ni korang masih lagi boleh teruskan berjimat cermat !

“Kita dapati wujud permintaan tinggi dalam kalangan penduduk PPR terhadap sistem pengangkutan GoKL, justeru peruntukan RM20 juta ini antaranya akan digunakan bagi tujuan memperluaskan rangkaian perkhidmatan bas berkenaan menerusi perbelanjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu, Berita baik untuk penduduk PPR, sebab Bas GoKl akan diperluaskan rangkaian mereka ke kawasan PPR (Projek perumahan rakyat) disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk PPR dan ianya kawasan tumpuan umum . So akan memudahkan lagi penduduk PPR untuk ke mana-mana. Terbaikkkk kan!

So kalau korang ada yang belum pernah merasa gunakan bas GoKl yang  ni korang bernasib baik sebab perkhidmatan ni masih lagi ada dan free , korang boleh la  naik bas ni pusing-pusing Kl okay ?

#bajet2019 #basgokl #freeweh