Hiperaktif ? Agresif ? Suka penyendiri ? Sikap yang jelas ditunjukkan oleh budak-budak yang menghidap autisme ini. Gangguan autisme ini sukar dikesan tetapi ibu bapa boleh nampak ciri-ciri autisme yang ada pada diri anak-anak.
Banyak jenis autimse ini sebenarnya. Masing-masing ada keunikan tersendiri bagi setiap autisme yang dihadapi.
- Autistic Disorder
Tiada kemampuan untuk memahami emosi dan hanya hidup dalam dunianya sahaja. Namun, kanak-kanak yang menghadapi autisme ini mempunyai keistimewaan dalam bidang seni, matematik dan mempunyai tahap memori yang lebih tajam berbanding kanak-kanak seusianya.
2. Asperger Syndrome
Gangguan autisme ini boleh berinteraksi dengan orang lain dan mampu memahami apa yang berlaku di sekelilingnya tetapi yang hanya menarik perhatiannya. Austisme jenis ini memiliki empati.
3. Childhood Disintegrative Disorder.
Sindrom Heller biasa disebut bagi penghidap autisme jenis ini.Mereka akan lambat dari segi perkembangan motor halus, bahasa dan juga sosial. Kebiasaannya mereka akan nampak normal tapi mulai kehilangan sikap secara perlahan-lahan selepas berusia 2 tahun.
4. Pervasive Developmental Disorder.
Gejala autisme yang akhir diagnosis. Dengan makna lain, kanak-kanak ada tanda-tanda autisme lain tapi tak menyeluruh. Mereka susah nak ingat sesuatu dan cenderung kaku dengan rutin harian.
Jadi, walaupun perkembangannya berbeza tapi autisme ini sebenarnya bukan sebab gangguan otak. Mereka sendiri ada kelebihan lain yang takde dalam kanak-kanak seusia mereka.