Anjing Hero Malaysia

Penghargaan dari polis ? Memang susah nak dapat.

Namun baru-baru ini, seekor anjing dari baka German Shepherd telah dianugerahkan pingat Jasamu Dikenang dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Anjing yang bernama Lao Wu ini merupakan anjing yang pertama yang menerima pingat tersebut. Wow, hebat kan.

Mesti ramai tertanya-tanya sebab apa seekor anjing boleh terima pingat ini. Lao Wu yang merupakan anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) telah berjaya menangkap seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut.

Operasi mengesan suspek bermula apabila Lao Wu menjumpai baju-T yang berlumuran darah yang dipercayai ditinggalkan suspek selepas mencuci luka tembakan pada kakinya. Tindakan Lao Wu yang membawa mereka ke dalam ladang sawit dan mahu meredah sungai berdekatan membuatkan pihak polis percaya bahawa suspek telah menyeberang sungai untuk menyembunyikan diri.

Telahan Lao Wu tepat apabila suspek berjaya ditemui dalam keadaan lemah di belakang sebuah rumah berhampiran.

Jadi, memang patutlah Lao Wu dapat pingat ni kan. Next, admin akan cerita haiwan lain yang terima anugerah.