Atlet bola Malaysia Paling Masyuk !

  1. Safawi Rasid atlet paling masyuk

Anak kelahiran Dungun yang lahir pada 5 Mac 1997 merupakan pemain bola sepak yang kini bermain untuk Jdt sebagai pemain sayap . Disebabkan skillnya yang menyerlah sepanjang tahun 2019 ni menyumbang 4 gol dalam 4 game untuk kelayakan Piala Dunia Qatar dengan 2 gol lawan Indonesia yang menyebabkan Malaysia menang . Oleh itu nama sawafi terus naik dan jadikan pemain ini menjadi paling berharga sekaligus mendapat gaji paling masyuk Rm130,000 sebulan. Untunglah siapa dapat Safawi!

2. Akhyar Rasyid Market Tinggi

Atlet yang jadi tarikan perempuan kerana rupa yang ” jambu ” dan skill yang hebat , akhyar menjadi atlet kedua paling masyuk selepas sawafi mendapat gaji RM120, 000 .Dilahirkan 1 Mei 1999 yang berasal dari Jitra ini bermain untuk pasukan Malaysia dan memainkan peranan sebagai pemain hadapan untuk pasukan JDT . Dia dikenali Mat yat oleh penyokong kedah . Nama manja gitu!

3. Safiq Rahim ” star senior ”

Pemain bola sepak profesional Malaysia yang menjadi sebutan ini dilahirkan pada 5 Julai 1987 yang pernah bermain untuk pasukan Jdt , kini bermain untuk Melaka United . Pemain tengah dan juga penyerang ini menjadi harapan pasukan kerana skill yang hebat dan status nya permain terbaik ini membuatkan safiq rahim ini menjadi player senior yang mendapat gaji tinggi iaitu RM120, 000 sebulan .

4. Nurshahrul Idlan Talaha ( Mat Yo legend )

Pemain ini sertai pasukan muda harimau malaya pada tahun 2004 , dan telah bermain dalam pasukan kelantan , atm , dan jdt . Menjadi pemain legend dan fav saya sendiri sebab dia punya larian padu , skill menggelicik dan menyerang secara solo . Buatkan matyo ni menjadi penyerang terbaik . Gaji Matyo kini RM 100,000 sebulan . Dari dulu sampai sekarang tetap legend lah orang kata!

5. Baddrol Bakhtiar masih berbisa

Ayam tambatan pasukan kedah dan pasukan kebangsaan diletakkan sebagai playmaker kerana skill yang licik , bukan tuhje baddrol bermain sebagai sayap kiri dan kanan. Anak kelahiran sungai petani ni yang bermain wakil keda fa ini mendapat gaji bernilai RM95,000 sebulan . Memang power lah kan!