Bom sudah jatuh beribu, tetapi adakah anda kenal Ukraine?

Bom sudah jatuh beribu, tetapi adakah anda kenal Ukraine?

Ukraine (disebut U + kren) sibuk mempertahankan diri dari serangan Russia sejak February 26, 2021. Tetapi apa yang diserang, mungkin mengetahui serba-sedikit tentang tempat dan orangnya.

1. Negara terbesar di Eropah, selepas Russia

Dengan keluasan 603,548 km persegi, hampir dua kali keluasan Malaysia (ataupun 6% Eropah), dengan 44.13 juta orang (pada 2020). Namun demikian, memiliki keluasan terbesar tidak bermakna mempunyai populasi tertinggi.

Peta membuktikan keluasan Ukraine di Benua Eropah.

2. Educated Gila!

Empat tertinggi di dunia menurut GalamediaNews.com , 99.4% orang dewasa literate (boleh baca dan menulis). Juga 70% orang dewasa menghabiskan sekolah menengah. Check this out! Vitali dan Wladimir Klitschko, adik beradik bekas world heavyweight champion dan kini bertempur dengan tentera Russia, memiliki PhD.

Persekitaran kelas semasa pembelajaran dijalankan di Ukraine.

3. Penyimpan tenaga Nuklear terbesar

Ukraine kini mempunyai 15 reaktor nuklear, tapi (chill guys nuklear bukan untuk boom pon) separuh daripadanya adalah keperluan elektrik negara. Hampir semua bahan api dan perkhidmatan nuklear Ukraine diperoleh dari Rusia. Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan pergantungan ini, Ukraine perlahan-lahan membeli bahan api dari Westinghouse, seperti yang dipetik dari Persatuan Nuklear Dunia.

Tenaga Nuklear yang disimpan oleh negara Ukraine.

4. Terowong cinta

Terowong Cinta adalah jalur kereta api setengah terbengkalai di Klaven, Ukraine Barat Laut yang tercatat sebagai tempat paling romantis di dunia. Terowong kereta api alami yang mempesona ini dikelilingi oleh lengkungan hijau yang dibentuk oleh pepohon di kedua sisi jalur kereta api jalur tunggal. Menurut legenda setempat, hajat pasangan yang mengunjungi tempat itu akan terkabul.

Terowong cinta yang dibina sebagai lambang cinta di Ukraine.

5. Gudang Roti Eropah

Tanah ladang Ukraine yang luas dengan tanah hitam yang kaya menjadikannya tempat yang ideal untuk menanam gandum dan tanaman makanan lain. Oleh kerana itu ia telah digelar “Gudang Roti Eropah”. Ukraine terus menjadi salah satu pengeluar gandum terbesar di dunia. Jadi roti canai mamak mungkin berasal dari sini juga sumbernya.

Tanah hitam yang menjadi tempat tanaman gandum.

Lebih menarik ada di sebelah!

PAGES

1 2