Bom sudah jatuh beribu, tetapi adakah anda kenal Ukraine?

Bom sudah jatuh beribu, tetapi adakah anda kenal Ukraine?

6. Pesawat terbesar

Ibu kota Ukraine, Kiev adalah tempat lahirnya pesawat terbesar dunia. Antonov An-225 Mriya dilengkapi dengan 16 pasang gear pendaratan berjumlah 32 tayar. Selain itu, An-225 Mriya juga dilengkapi oleh enam enjin turbofan (Progress D-18T) dengan berat berlepas maksimum (maximum takeoff weight) sebanyak 640 tan untuk menerbangkan 285 tan badannya yang diketahui paling berat di dunia buat masa kini. Sekiranya perbandingan dengan kereta terkenal negara, Proton X70 seberat 1.7 tan dibuat, hampir 168 buah kereta Proton X70 diperlukan bagi menyamai berat sebuah pesawat An-225 Mriya tanpa muatan kargo.

Pemandangan Antonov An-225 Mriya yang sedang terbang di langit biru.

7. Vyshyvanka: Kostum Nasional Ukraine

Berbeza daripada yang lain kerana kerja sulamannya yang menampilkan sulaman Ukraine. Vyshyvanka ialah baju putih biasa yang diperbuat daripada linen dan dihiasi dengan sulaman bunga atau perhiasan jahitan tangan. Serta keistimewaan kostum itu ialah unisex.

Warga Ukraine memakai vyshyvanka pada perayaan “vyshyvanka day”.

8. Wanita Ukraine tidak akan berkahwin dengan lelaki asing.

Menurut statistik, sebab utama berkahwin dengan orang asing untuk wanita Ukraine adalah ketidakupayaan untuk mencari pasangan yang baik di Ukraine. Oleh kerana itu, wanita Ukraine memutuskan untuk mengambil risiko dan cuba mencari lelaki asing tetapi masih tidak bermakna sama sekali bahawa dia bersedia untuk berkahwin (perempuan masih complicated walau dimana saja).

Lelaki warga asing dari Negara India.

9. Sebaik Saja Ada Seks, Automatik Couple

Budaya Ukraine pantang dengan melakukan hubungan seks kasual, antara sebab utama kerana mereka tidak mahu mempunyai banyak pasangan, yang mungkin melihat mereka dilabelkan sebagai ‘perempuan murahan’. Dengan itu, wanita Ukraine kebiasaannya akan menguji dulu pasangan mereka sebelum melakukan sebarang keintiman.

Pasangan dari negara Ukraine melangsungkan perkahwinan mereka.

10. McDonald’s Top 3 Yang Dikunjungi Di Dunia.

McDonald’s di Dataran Vokzalna di Kiev terletak bersebelahan dengan stesen kereta api. Dikatakan sebab popular adalah kerana pilihan fast food yang terbaik. Kalau dekat Malaysia pon asal namanya McDonald pasti akan penuh drive thru ke dine in sama sahaja, jadi mungkin bergitu juga di Ukraine.

Pemandangan restoran Mcdonalds yang sesak dipenuhi pelanggan mereka.

PAGES

1 2