Apa Itu Garageband?

Korang minat nak buat lagu? Senang je, korang boleh guna aplikasi GarageBand untuk buat projek muzik dengan hanya menggunakan smartphone korang sendiri.

Garage band merupakan sebuah aplikasi audio digital yang dikeluarkan oleh Apple untuk peranti seperti macOS, ipadOS dan iOS.

Dalam Garage band, terdapat banyak ‘features’ yang kita boleh cuba tau seperti:

Audio Recording

Untuk Audio Recorder, korang boleh rakam suara and pada masa yang sama boleh tinggikan trek audio dengan gunakan apa-apa effects yang korang suka termasuk reverb, echo dan distort.

Virtual Software Instruments

Dekat dalam GarageBand ni jugak, korang boleh try main instrument yang korang suka seperti drum, guitar, keyboard dan macam macam lagi.

Guitar Features

Terdapat pelbagai ‘guitar featuresyang korang boleh pilih dekat dalam GarageBand ni, pada masa yang sama korang jugak boleh gunakan amplifiers, stomboxes dan effects processors untuk mendapatkan bunyi yang lebih menarik.

Music Lessons

Music Lessons merupakan ‘features’ terbaru yang ada dekat dalam GarageBand ni, korang boleh download muzik pra-rakaman dari GarageBand’s Lesson Store untuk belajar gitar dan piano secara percuma.

So guys, apa tunggu lagi? Korang boleh download aplikasi GarageBand ni dekat Appstore dan cuba pelbagai ‘features’ lagi dekat situ!