Anyeonghaseyoo, Tak Perlu Pergi Korea, Dekat Malaysia Pun Ada Makanan Korea!

 

Teringin  makanan Korea tetapi tak ada bajet nak ke Korea? Dah lama tak food hunting?  Mari sini MKR senaraikan jenis makanan korea dan restorannya sekali!

Steamboat/BBQ

Harga : RM25 – RM50

Restoran : Seoul Garden, Bar BQ Plaza, Sweetree, Gangnam Station, Medini’s Barbecue, Bangi Dong, Hanwoori Korean Restaurant (Non-halal)

Kimchi

Harga : RM10++

Restoran : Pasaraya seperti Aeon, Giant, Tesco, Cold Storage, Jaya Grocer, Hero Market & kebanyakkan restoran korea jika anda order set main menu pasti ada kimchi sebagai ‘side dish’.

 

Ramen

Sekarang kan memang dah bersepah di social media buat spicy ramen challenge kan, siapa yang tak pernah try tu korang wajib cuba tau! Kita tengok tahap kepedasan dia korang boleh GO ke tak, cuba try test!

Harga : RM20 – RM35/sepaket

Brand : Samyang, Nongshim

Jajangmyeon

Sejenis mi tebal yang dicampur dengan sos pekat  yang diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin), sayuran, potongan daging, so korang boleh imagine tak rasanya macam mana? Amacam ada berani tak nak try?

Harga : RM15 ++

Restoran : Dubuyo, Sweetree, B.bap Korean Food, Chung Gung Korean Chinese (Non halal)

Tteokbokki

Haaaaa ni memang famous street food di Korea tau sejenis kek beras yang lembut, fish cake dan sos cili merah yang manis.  Rasa dia kenyal kenyal sikit, ada rasa pedas dan manis, memang terbaik makan time masih panas!

Harga : RM6.90 ++

Restoran : Myeongdong Topokki, Sopoong, Dubuyo, Sweetree

 

PAGES

1 2

COMMENTS