Adakah kita masih bodoh bila dah pegang smartphone?

80% penduduk tempatan sudah memiliki handphone pandai , ataupun dalam Bahasa orang puteh , smartphone.Bilangan ini lagi tinggi di kawasan KL, so itulah persoalan. Adakah kita masih bodoh bila dah pegang smartphone? Jom bincangkan

  1. Dah ada smartphone semua boleh search dihujung jari tapi tetap malas

Rakyat sekarang walaupun google dah ada tapi tetap malas nak tekan butang search untuk cari maklumat. Ada telefon pintar untuk jadikan kita semakin pintar bukan makin malas .

2. Menunggu info dari kawan

Sesetengah pelajar ipt/ipta mengambil jalan mudah dengan hanya mengharapkan info dari kawan sedangkan boleh je cari maklumat sendiri dengan mudah.

3. Menggunakan Laman Sosial ke arah negatif!

” Netizen ” sekarang gunakan laman sosial untuk menviralkan cerita yang tidak sahih untuk mendapatkan perhatian orang ramai dengan cara yang salah.

4. Sebab smartphone, malas pula nak kerja

Smartphone sebenarnya untuk memudahkan rakyat tapi sebab perangai individu yang leka dengan smartphone sampai dia yang tak pintar malas nak kerja.

5. Dunia maya lagi penting dari dunia realiti

Sejak ada smartphone , sibuk dengan laman sosial Instagram , Wechat, Facebook dan banyak lagi sampai tak kisah dengan kehidupan realiti. Taktahu bajet masa gunakan alam maya dengan dunia realiti .

So dah pakai telefon pintar , jadilah orang yang pintar okay!

COMMENTS