Asyik cakap pasal Kajang je, Semenyih hampir orang nampak tak nampak je. Disebalik Kajang ada Semenyih, ehhhhh! Entri kali ni, MKR nak share dengan korang ada apa dengan Semenyih? Kalau Kajang ada Satay Kajang, kalau Semenyih? Kenalah baca sampai habis uolls!
# Asal Usul Semenyih
Semenyih adalah sebuah bandar di Selangor- kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Semenyih mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. Asal nama Semenyih sebenarnya merupakan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud ‘sembunyi’.
Mengikut sejarah, Semenyih asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Tetapi, semasa zaman Sultan Abdul Samad dulu, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor. Patutlah! Mesti masih ramai yang confuse kan? Kira macam Semenyih Nismilan convert jadi Semenyih Selangor!
# Pasar Pagi Baru Cina
Sebuah pasar pagi yang takdalah besar mana pun and boleh dikatakan kat sini masih lagi oldskool. Mungkin suasana kat situ sendiri yang dikelilingi dengan gerai-gerai lama, jangan terkejut gerai-gerai kat sini dah bertapak lama tau kat Semenyih nie dan masih kayu lagi tu tapi tetap utuh. Diharapnya, pasar ini dinaik taraf dan diberikan nafas baru kot.
# PRK Semenyih
Kebetulan masa team MKR ronda Semenyih masa ni sedang berlakunya Pilihan Raya Kecil Semenyih berikutan kematian penyandangnya sebelum nie Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung. So, korang dapat lihat bersepahlah perang bendera yang seperti diura-urakan tu.
# Bandar Semenyih
Boleh dikatakan macam pekan lagi kot, tapi walaupun nampak lama tapi semuanya lengkap kat sini. Bank, pasaraya, kedai-kedai, restaurant semua ada- memadailah untuk orang Semenyih nak beli barang keperluan harian kan?
Macam familiar je tempat nie uolls, lokasi paling hot di Semenyih buat masa nie- Tesco Semenyih! Yang baru-baru nie digemparkan dengan kedatangan Najib Razak yang katanya nak beli air mineral Spritzer uolls.
# Kem Batalion 4 (PGA)
Tak jauh dari Tesco Semenyih tadi korang akan nampak markas kem PGA yang kebetulan masa nie sedang berlakunya undian awal bagi encik-encik polis, abang-abang tentera.
# Broga Hill
Lihatlah keindahan alam semula jadi nie! Jangan korang tak tahu Broga Hill menjadi symbolize bagi Semenyih nie tau! Tapi sayangnya bagi trip kali nie team MKR tak berkemsempatanlah untuk naik Bgoga, maybe next time akan repeat lagi!
# University Nottingham
No no no kita bukan di Nottingham di England sana, apa korang ingat Semenyih nie lopek sangat ke? University Notingham merupakan kampus cawangan university Britain yang pertama di Malaysia dan menawarkan pengajian tinggi yang bertaraf dunia. Kalau korang nak tahu Dato Sri Najib Razak merupakan graduan dari University Nottingham tapi bukan di Semenyih lah, di Nottingham England.
# Pembangunan Semenyih
Sepanjang jalan Semenyih Broga team MKR perasan jugaklah yang telah bangunnya projek-projek perumahan orang-orang yang berada. Kemain Semenyih sekarang, dah macam tempat elite dah uolls. Inilah yang dinamakan semenyih sudah di upgrade!
Sehari suntuk team MKR berada di Semenyih, ini cuba sebahagian je apa yang ada di Semenyih- for sure banyak lagi yang best kat Semenyih yang masih belum di-discover. Mungkin kita akan borak lagi di entri yang seterusnya!