5 Penyanyi Wanita Terkenal Di Malaysia

  1. Ella 

Siapa yang tak kenal ella kan? Semua tahu dia digelar ‘Ratu Rock’… Kalau nak tahu ella ni mulakan kariernya dengan hanya penyanyi di kelab malam dan ruang rehat tempatan sahaja. Jika ingat Sukan Komanwel 1998, pastinya kita akan ingat lagu Standing In The Eyes Of The World. Lagu ini juga telah terkenal di seluruh negara. Hebat kan?

  1. Dato’ Siti Nurhaliza 

Kalau tanya siapa Dato’ Siti confirm lah semua tahu, kerana dia menjadi sebutan ramai peminat kerana bakat luar biasa yg beliau miliki.  Dato’ Siti ni juga cukup dikenali sebagai penyanyi versatile kerana boleh membawa pelbagai jenis lagu dengan sangat baik. Dato’ siti memang terbaik!

  1. Ziana Zain 

Ziana Zain semua mesti tahu dikenali dengan pelbagai trademark iaitu ikon fesyen, ratu angkat kening, ratu vokal nada tinggi. Kemenangan beliau di pertandingan antarabangsa seperti Juara Voice Of Asia  1995 dan Anugerah Melodi Emas Tokyo Music Festival 1996 

  1. Fauziah Latiff

Susah kan nak nampak penyanyi yang menyanyi sambil menari? Fauziah Latiff adalah salah seorang penyanyi yang hebat beliau mampu menari dan menyanyi dengan baik utk lagu berentak Dance music dan R&B Kontemporari. ..Sangat jarang sebenarnya talent yang macam tu.

  1. Shiela Majid

Datuk Sheila Majid adalah pelopor muzik Pop Jazz & R&B paling popular di Malaysia. Kemuncak kegemilangan Sheila Majid waktu popular seperti Legenda, Engkau Laksana Bulan. Datuk Sheila Majid juga sangat popular di Indonesia.