Suka pergi taman temakan tapi pernah tak korang tahu cerita tersembunyi disebalik tempat-tempat tersebut tak kira lah taman tema permainan atau taman tema air. Kebanyakkan keluarga akan bercuti di tempat seperti ini bagi meluangkan masa bersama-sama namun keselamatan mereka belum tentu dapat dijamin. Jom ikuti kisah misteri ini.
- Cliffhanger Crazy Wheels
Akibat daripada palang keselamatan yang longgar, 5 orang pengunjung tercampak keluar dari permainan. Karnival di Lopburi, Utara Thailand viral apabila permainan ini mengalami masalah teknikal dimana ia berpusing secara laju dan mencampak keluar beberapa orang pengunjung hingga cedera. Seorang pengunjung berdarah di kepala akibat terpelanting keluar dari kawasan permainan. Seramai 14 orang yang mengikuti permainan ini. Korang berani ke nak try? https://www.youtube.com/watch?v=INDrShy6VcM&has_verified=1
2. Buaian 360 darjah
Hayunan putus dan jatuh atas tanah mengakibatkan MH iaitu seorang gadis berumur 19 tahun mati. Taman tema Istiklol Jizzakh, Uzbakistan menjadi viral apabila buaian ini menghempaskan diri ke tanah. Permainan itu berpusing 360 degree setinggi 23 kaki. Untuk pengetahuan korang semua, buaian ini telah dibuka pada March 2019 dan telah mendapat laporan mengenai keselamatan pada Mei tapi tiada tindakan yang dibuat. https://www.youtube.com/watch?v=k8PGCtxWMt4
3. Big Ice Cream
Big Ice Cream terletak di Melaka
Tercampak dari pelampung dan meninggal selepas beberapa jam kemudian. Afamosa Melaka sangatlah terkenal dengan taman tema air lebih-lebih lagi yang digelar Ice Cream sebab warna gegelungnya biru kuning. Melalui Facebook Muhd Fakhrullah, gadis berumur 20 tahun ini mahu berselfie tetapi terlepas dari pelampung dan melambung keluar. Jadi korang hati-hati okey bila nak bermain tu.
4. Discovery
Taman tema misteri telah memakan dua nyawa yang tidak bersalah. Discovery nama kepada buaian maut ini terletak di Balvatika Amusement Park di barat India. 29 orang cedera akibat jatuh daripadanya anggaran 15 meter dari tanah namun dua orang pengunjung ini Manali Rajvadi, 24, dan Mohammed Zaid Momin, 22 maut ditelan Discovery . Apa yang mengagumkan pihak atasan tidak lepas tangan atas kecederaan ini , mereka yang cedera akan diberikan rawatan secara percuma. https://www.youtube.com/watch?v=WdSIGa206qI
5. Safari Lagoon Air Rooftop
Telah tutup selama 21 tahun
Hiburan atas kompleks beli belah. Unikkan tapi dah ditutup atas sesuatu kejadian ? Taman tema air ini terletak di antara Cheras dan Ampang iaitu betul-betul di atas Econsave. Tempat percutian seisi keluarga ini di buka pada tahun 1998 namun sesuatu telah terjadi di mana seorang pekerja Safari Lagoon mati lemas apabila terperangkap dalam penyedut air tinggi untuk membantu mengambil barang pengunjung. Seramkan ? tapi yang paling mengejutkan lagi, tempat ini tiada lesen dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan dilaporkan tutup pada tahun 2007. https://www.youtube.com/watch?v=AeTr1Yr5jAA