3 JANUARI 2026 – Roadshow Kembara MKR di UTM, KERAMAT

3 JANUARI 2026 – Roadshow Kembara MKR di UTM, KERAMAT

Program ini telah berjaya dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia Keramat (UTM) dalam suasana yang meriah serta dipenuhi dengan semangat dan energi positif. Penglibatan aktif para pelajar, disertai dengan pengisian yang santai namun berinformasi, telah menjadikan program ini lebih menarik dan memberi impak yang bermakna kepada para peserta. Program ini mendapat tajaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta dijayakan melalui kolaborasi bersama Wakil dari MPP (Majlis Perwakilan Perlajar) Sebagai nilai tambah, pameran seni BERSAMA 2050 turut diadakan bagi memeriahkan suasana dan memberikan pengalaman yang unik kepada warga kampus. Penganjuran program ini selari dengan inisiatif Visit Malaysia 2026 dan diharapkan dapat terus menyuntik inspirasi serta kesedaran dalam kalangan komuniti universiti.

Gambar pelajar-pelajar di UTM Keramat menyertai menjawab dan berbincang quiz di setiap panel tersedia.

Gambar di kawasan pameran seni Bersama 2050