3 Dekad Baru Selesai!

#3. Pembunuhan April Tinsley. 

Pada 1 April 1988, April Marie Tinsley sedang bermain bersama kawan-kawannya di Fort Wayne, Indiana. Tengah diorang bermain tiba-tiba hujan dan April bagitahu kawan-kawan dia yang dia nak pergi ambil payung, yang ditinggalkan dekat rumah kawan dia yang lain. Itu adalah kali terakhir mereka nampak April.

Bila April tak sampai-sampai rumah, Mak dia pun risau. Jadi mak dia contact polis, malam tu jugak lebih dari 100 orang tolong cari April. Tapi diorang tak jumpa pun April.

3 hari lepastu, seorang laki yang tengah berjogging menjumpai satu mayat budak kecik di Spencerville, Indiana. Polis juga menjumpai kasut April dan juga satu sex toy yang dibungkus dalam plastik berdekatan dengan tempat mayat April dijumpai. Bedah siasat menujukkan bahawa April telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Walaupun DNA pembunuh April dijumpai pada seluar dalam mangsa, Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa sebab waktu tu tak ada teknologi.

Pada tahun 1990, dua tahun selepas kejadian itu. Pihak polis menjumpai satu nota yang ditulis di sebuah bangsal. Nota itu ditulis pada dinding bangsal dengan menggunakan crayon “I kill 8 year old April M Tinsley, I will kill again haha”.

Pada tahun 2004, pembunuh April meninggalkan beberapa lagi nota kepada kanak-kanak di kawasan itu, ada nota yang dihantar bersama kondom yang telah dipakai dan juga gambar bogel beliau.

nota yang dihantar bersama kondom yang telah dipakai. Euw!

DNA pada kondom tersebut adalah sama dengan DNA yang dijumpai pada seluar dalam April.  Pada tahun 2018, penyiasat yang bertugas dalam kes ini juga menghantar DNA tersebut ke Parabon NanoLabs. Keputusan DNA menunjukkan bahawa DNA pada kondom tu adalah milik dua beradik. Pihak polis kemudiannya pergi ke rumah suspek John D.Miller dan menemui used kondom dalam tong sampah beliau. DNA pada kondom tu ternyata sama dengan DNA dari makmal, jadi polis pun tahan lah John D.Miller ni.

John D.Miller mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun pada 21 Disember 2018.

30 tahun jugak penyiasatan kes April ni dijalankan!

PAGES

1 2 3