3 Dekad Baru Selesai!

#2. Pembunuhan Arlis Perry 

Arlis Perry merupakan gadis yang berusia 19 tahun berasal dari Bismarck North Dakota yang berpindah ke Stanford, California untuk tinggal bersama suaminya Bruce Perry yang merupakan med-student di Stanford University.

Pada 12 Oktober 1974, Arlis dan Bruce bertikam lidah sikit tentang tyre pressure kereta diorang semasa diorang tengah berjalan-jalan keliling kampus. Being a devoted Christian, Arlis beritahu husband dia yang Arlis nak pergi Church untuk berdoa seorang diri untuk tenangkan diri dia lah kiranya.

Jadi Arlis pun pergi ke Standford Memorial Churh yang terletak berdekatan dengan kampus mereka. Waktu tu dah tengah malam. Menurut Security Guard yang bertugas Stephen Crawford, Dia memang dah kunci semua pintu Church tu pukul 12am. Bruce mula risau apabila Arlis ni tak balik ke rumah, jadi dia pun decide untuk cari wife dia dekat kampus. Apabila dia gagal menemui isterinya, Bruce akhirnya menelefon pihak polis pada pukul 3 pagi.

Pihak polis pun datang dan cek Stanford Church tapi semua pintu Church tu berkunci. Pada pukul 5.45 pagi Stephen Crawford, guard Church tu datang dan mendapati bahawa pintu di bahagian barat Church tu tidak berkunci. Dia pun decide untuk masuk dan cek, dan dia terjumpa mayat Arlis Perry ni dalam gereja tu dalam keadaan half naked. Dia tidak dirogol tetapi dia telah diserang secara seksual dengan lilin sepanjang 24inch. Pembunuh Arlis memasukkan lilin tersebut ke dalam kemaluan beliau dan ketika mayat beliau dijumpai, lilin tersebut masih di dalam kemaluan beliau. Kematian beliau adalah disebabkan oleh pendarahan teruk di kepala beliau yang disebabkan oleh pemukul ais batu yang ditetak di bahagian belakang kepala beliau. Kesan air mani juga dijumpai di atas bantal yang dijumpai di tempat kejadian.

Pada tahun 1974 tak ada lagi makmal forensic yang boleh buat DNA test ni. Jadi kes ni remain open dan active. Ada yang mengatakan bahawa Arlis Perry ni dibunuh sebagai sebahagian daripada aktiviti pemujaan setan.

Akhirnya dengan kemajuan teknologi, setelah 4 dekad pihak polis lebih konfiden yang diorang boleh tangkap pembunuh Arlis ni. Bila diorang revise balik kes ni diorang pun dapat klu bahawa Stephen Crawford, Security guard Stanford Church ni yang bunuh Arlis. Lepas buat DNA test, terbukti bahawa DNA air mani tu sama dengan DNA Stephen ni. Pada 28 June 2018, Timbalan Sherif Santa Clara dan pihak polis daerah San Jose dapat waran tangkap dan pergi ke rumah Stephen. Pihak polis hanya berbual dengan Stephen melalui pintu rumah beliau, apabila polis masuk ke rumah Stephen, beliau membunuh diri sendiri dengan melepaskan tembakan tepat ke kepala sendiri. Tudiaaa, pembunuh Arlis Perry ni baru dijumpai selepas 45 tahun.

Click next page untuk kes terakhir!

PAGES

1 2 3