24 Disember 2025 – Roadshow Kembara MKR di UUM, Kedah

Program Detektif Kampus di UUM, Kedah.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan suasana yang meriah dan penuh energi. Penyertaan aktif para pelajar serta pengisian yang santai namun berinformasi menjadikan program ini lebih menarik dan bermakna. Program ini ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta dilaksanakan melalui kolaborasi bersama Sekretariat Rakan Muda SRM. Sebagai nilai tambah, pameran seni BERSAMA 2050 turut dibawa bagi memeriahkan suasana dan memberi pengalaman berbeza kepada peserta. Penganjuran ini selari dengan inisiatif Visit Malaysia 2026 dan diharapkan dapat terus memberi inspirasi kepada warga kampus.

Gambar bersama ahli Sekretariat Rakan Muda (SRM) UUM setelah program Detektif Kampus selesai.

Gambar suasana di kawasan program Detektif Kampus

Gambar pameran BERSAMA 2050

Penasihat Sekretariat Rakan Muda (SRM) yang turut serta dalam program kami dan berjaya mendapatkan markah yang tinggi juga.