10 Themepark Terbiar Paling Seram di Dunia

#6. Boblo Island Amusement Park

Suatu masa dahulu, taman tema ini juga mempunyai perkhidmatan feri yang hebat. Walaupun terdapat banyak rancangan untuk taman tema ini diubah suai dan dibuka semula, namun semuanya terhenti apabila pemiliknya iaitu Michael Moodenbaugh telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang teruk. Terus terbiar je themepark ni sampaila sekarang. Pernah dilabel sebagai themepark paling seram di dunia. Tak percaya? Cayalah ini memang nyata!

#7. Joyland, USA

Joyland adalah salah satu themepark terbaik dan terbesar di Kansas sehinggalah ia ditutup secara rasmi pada tahun 2006. Themepark itu bertahan selama 55 tahun sejak ia dibuka pada tahun 1949. Pada awalnya ia ditutup setelah berlaku kemalangan pada permainan Ferris Wheel apabila seorang kanak-kanak perempuan jatuh pada ketinggian 30 kaki dan mengalami kecederaan teruk. Namun nak dijadikan cerita, themepark ni terkena ribut taufan yang agak teruk sehingga merosakkan hampir keseluruhan kawasan nya. Terus ditutup sehingga kini. Sadisnya!

#8. Six Flags New Orleans, USA

Tempat ini merupakan sebuah taman hiburan yang dimiliki oleh syarikat Six Flags. Themepark ini telah dibeli oleh syarikat itu melalui pajakan pada tahun 2002 hingga 2009. Namun, themepark itu tidak dapat bertahan lama kerana kawasan itu telah dilanda oleh taufan Katrina yang memusnahkan sebahagian besar New Orleans pada bulan Ogos 2005. Themepark itu kemudian dimiliki oleh Lembaga Pembangunan Industri New Orleans. Malangnya, tiada kerja membaik pulih yang dilakukan sehingga hari ini. Kini ia menjadi bekas  tapak themepark dengan pemandangan yang menakutkan. Sayangnya!

#9. Gulliver’s Kingdom, Japan

Gulliver’s Kingdom merupakan salah satu themepark paling aneh di Jepun. Themepark ini mempunyai satu struktur gergasi yang diikat di tanah, diadaptasi dari kisah dongeng Gulliver’s Travel. Themepark yang dirasmikan pada tahun 1998 itu hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja apabila ia ditutup terus pada tahun 2001 akibat kekurangan pelancong. Antara masalah yang menyebabkan kurangnya pelancong berkunjung ke taman tema itu adalah disebabkan ia terletak bersebelahan hutan yang terkenal di Jepun sebagai “hutan bunuh diri” dan jugak kerana themepark itu terletak berdekatan dengan bandar Kamikuishiki, di mana tempat asalnya kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo yang pernah melancarkan serangan ke atas Jepun pada 1995. Misteri yang agak pelik tapi realiti kan!

#10. Okpo Land, Korea Selatan

Sekali pandang, Okpo land yang terletak di Korea Selatan ini benar-benar menyeramkan. Ia merupakan salah satu themepark terkenal di Asia dan mempunyai kisah tragedi di sebaliknya. Pada awal tahun 90-an, satu nyawa telah terkorban akibat kemalangan yang berlaku di themepark itu namun tiada permohonan maaf atau pembayaran ganti rugi yang dibuat. Themepark itu sekali lagi menyebabkan kemalangan maut seorang kanak-kanak perempuan akibat salah satu permainannya tercabut keluar. Pemiliknya pula menghilangkan diri selepas kejadian. Themepark itu akhirnya diarahkan tutup atas faktor keselamatan. Kini themepark terbiar itu kelihatan sangat menakutkan!

Ni hanya list themepark yang Team Mkr senaraikan je tapi kalau korang nak tahu, banyak je lagi themepark yang sudah usang dan agak ‘berhantu’ seperti Land of Oz, USA dan sebagainya. Masih nak ke themepark ke korang?Huhuhu

 

PAGES

1 2